Saturday, 7 May 2011

28/04/11




Malam ini aku sendirian.. kerana tugasanmu, aku perlu ditinggalkan.. aku tak kisah, dan aku tak marah.. kerana aku faham dengan apa yang sedang kau lakukan sayang… aku sentiasa mendoakan agar dirimu sentiasa dapat melakukan yang terbaik…

Sayang, untuk ke sekian kalinya ingin aku nyatakan, aku bahagia menjadi isterimu, dan sangat bersyukur menjadi isterimu sayang.. terima kasih atas cinta dan perhatianmu…

Sayang, aku teringatkan gurauanmu.. tentang kekasih lama, dan yang seumpamanya… ketahuilah sayang…aku cemburu.. meskipun sekadar gurauan… kerana aku bimbang, di sebalik gurauan itu terselit kebenaran..aku benar2 cemburu sayang…

Bukan niatku untuk mencurigaimu sayang… aku tetap percaya dan yakin dengan cinta ikhlasmu… tapi mungkin…begini hati seorang wanita… cemburu sentiasa wujud di hati… tapi akan ku jaga cemburu ini sayang… agar ia tak membawa mudarat pada hubungan yang terjalin ini… kerana aku mencintaimu sayang…sangat mencintaimu sayang…

No comments:

Post a Comment