Saturday, 7 May 2011

01/05/11




Sayang, aku tahu kau mencintaiku…kutahu..kau sangat menyayangiku…dan sedang berusaha untuk membahagiakanku…dan sedayanya tidak mahu melukakan hatiku…aku yakin dengan cintamu sayang… usah ragu, dan usah menduga yang aku tidak bahagia menjadi isterimu…aku bahagia sayang….

Sayang, kita sentiasa tahu di dunia ini bukan hanya ada bahagia, walaupun hanya bahagia yang kita harapkan… adakala kita duji dengan rasa yang lain meskipun kita ingin menjauhinya…

Sayang, semoga setiap detik yang kita lalui bersama memberikan maknanya yang tersendiri.. walau diuji dengan sesuatu yang tidak kita jangkakan, semoga ianya tetap menjadi sebab untuk kita lebih mengukuhkan ikatan cinta kita…

Sayang, yang perlu ada pada hatiku dan hatimu adalah ‘keyakinan’ dan ‘kepercayaan’ bahawa diri dicintai, dan terus berusaha untuk terus mencintai dan menghulurkan cinta..tanpa jemu….

Sayang, mungkin aku…mungkin aku yang yang memntingkan diri… jarang memikirkan tentang perasaanmu…. Hanya mahu dirimu yang membahagiakanku…dan terlupa bahawa hatimu juga ingin dibahagiakan… sayang…maafkan isterimu ini… yang masih sentiasa berbuat silap, sentiasa berbuat dosa….

Sayang, aku takut pada marahmu…aku gerun pada diammu… aku takut Allah murka padaku kerana marahmu…. Kerana itu aku menangis sayang…. Aku terlalu ingin menjadi isteri yang baik….tapi seringkali aku gagal…kerana itu aku menangis sayang….bukan aku marah padamu…bukan aku tak bahagia denganmu…..jauh sekali menyesal menjadi isterimu….

Sayang, aku mencintaimu…. Sangat mencintaimu…percayalah sayang….

No comments:

Post a Comment