Sungguh, aku tak sanggup melihat wajah muram mu… hati ku sedih…dan lebih sedih, kerana tak mampu mencipta senyuman pada wajahmu…aku ingin menangis, namun tangisanku pasti menambahkan resah dan gundahmu….maafkan aku… aku masih tak mampu untuk memujukmu… hanya mendoakanmu dalam diam…………
Sayang, masih terlalu awal untuk mengecapi kesempurnaan dalam perkahwinan ini…makin lama, pasti akan tersingkap segala kekurangan…. Pasti juga akan wujud berbagai rasa…. Marah, kecewa, geram, sangsi dan sebagainya…… namun… bagaimana tindakan kita di saat itu? Masih wujudkah cinta ikhlas di saat itu? Semua itu pasti hadir…. Namun keikhlasan akan membantu kita bertindak dengan kebenaran……..sayang… semoga sentiasa ada ikhlas dalam hati kita…cinta ini perlu sentiasa dipertahankan…kasih sayang ini perlu sentiasa ada dalam hati kita……..
Sayang, mudah2an bukan nafsu yang sedang memandu cinta kita…. Cinta nafsu akan menjadikan aku hanya teman tidurmu….sedangkan cinta ikhlas, akan menjadikan aku temanmu setiap masa, di mana juga…. Sayang, aku yakin dan percaya dengan cintamu…. Dan semoga hatimu juga terus meyakini cinta ikhlasku……..aku mencintaimu, dan segalanya yang ada pada dirimu, baik kelebihan atau kekurangan………jangan sangsi dengan cintaku sayang……….
Sayang, kita akan melalui perjalanan yang masih panjang..mungkin, andai Allah memberi kita peluang…….perjalanan yang panjang akan menemukan kita dengan berbagai situasi dan keadaan yang pastinya akan menduga iman kita, juga cinta kita….sayang, semoga kita sentiasa mempersiapkan diri kita untuk menghadapi semua itu………..bukankah kita ingin bercinta hingga di syurga? Maka di dunia ini, pastikan ia tidak pudar dan tidak putus…. Walau apa cubaan sekalipun….semoga kita kuat mempertahankannya……..
Sayang, tanpa luahan dan perkongsian, kau pasti tak memahami apa mahuku, dan aku juga tidak akan mengerti apa mahumu……. Sayang, lidah ini masih kelu untuk berbicara soal hati… masih malu untuk meluahkan segala yang tersirat di hati….mungkin dirimu juga……
sayang, semoga masa2 yang akan berlalu akan membantu kita… akan terus memberikan kita peluang untuk memperbaiki hubungan kepada hunbungan yang lebih baik…sesama kita….juga hubungan kita dengan Pencipta………semoga masih ada peluang….insyaAllah…..
No comments:
Post a Comment