Friday, 6 May 2011

05/04/11




Hari ni dah sampai jepun.. smpai juga akhirnya… emm...hari ini juga hari yang sangat sibuk buat sayang……… selamat melaksanakan tugasmu yang terbaik, sayang…….. doaku sntiasa mengiringimu…

Kini, walaupun masih tidak sepenuhnya mengerti, namun  aku faham akan kesibukanmu.. akan ku cuba untuk lebih mengerti, dan sentiasa mengerti, kerana ku tahu, dirimu sentiasa mengharapkan pengertianku… bukan sekadar hari ini, selama2nya kau tetap ingin aku mengerti kan? insyaAllah………..jangan biar ada jemu, jangan biar ada bosan….

Suamiku, aku memahami komitmenmu pada pekerjaanmu……………
Bila sering ditinggalkan seorang diri di bilik ni, terasa juga betapa bosannya…terasa juga betapa lebih baiknya aku berada di rumah saja……… namun sebenarnya… walaupun kebosanan, namun di sini, aku boleh menatap wajahmu yang kurindui setiap hari…meskipun bukan sepanjang hari…….sudah memadai…sudah mencukupi… kerana hadirnya aku di sini, wujudnya aku di atas kapal ini, adalah kerana ingin bertemu denganmu, menatap wajahmu… dirimu yang sangat kucintai, dan sangat kurindui………

Setiap saat aku seperti tidak sabar menanti kepulanganmu… namun kusabarkan hati…kerana dirimu kini telah dekat denganku……..bukan berjauhan lagi, …..Alhamdulillah……..sewajarnya aku bersyukur dengan anugerah ini………….

No comments:

Post a Comment