Saturday, 7 May 2011

27/04/11



Sayang, kau bertanya padaku..adakah aku bahagia? Dan aku memberikan jawapan padamu bahawa aku bahagia…. Bahagia menjadi isterimu, sayang… percayalah sayang… ia bukan hanya sekadar lahir di bibir, tapi lahir dari hati… memang benar segala kekurangan kian tersingkap, pada dirimu juga aku… namun dikau tetap mulia di hatiku sayang…kerana kau suamiku… aku akan terus mencintaimu sayang…akan terus menghormati dirimu sayang…insyaAllah…

Sayang, kau sering menyebut, andai kau pergi dulu, meninggalkan diriku…. Sayang..ungkapan itu benar2 mencipta kesedihan di hatiku… padahal aku juga ingin menyatakan perkara yang sama…andai aku pergi dulu sebelummu…. Kerana ianya pasti berlaku…aku atau dirimu…pasti akan pergi dulu…

Sayang, andai diberi pilihan…biarlah aku yang pergi dulu… kerana aku tak sanggup merasakan kehilanganmu… aku terlalu takut sayang… walau aku tahu, setiap masa aku dan dirimu perlu bersedia pada kepastian itu….andai aku pergi dulu, aku menantimu di sana… insyaAllah… aku tetap ingin bercinta denganmu di sana..di syurga…insyaAllah……

Sayang, cinta yang suci pasti memimpin kita mendekatiNya… sayang.. aku takut andai cinta ini menjauhkan… semoga dirimu dan diriku sentiasa berhati2 dan beringat… kerana hanya dengan memelihara hubungan denganNya, akan membuatkan hubungan kita terpelihara… dan hanya dengan mncintaiNya, hanya dapat kita kecapi kemanisan cinta antara kita… benarkan sayang? 

No comments:

Post a Comment