waktu terus berlalu tanpa aku merasakan begitu cepatnya ia berlalu… sangat berbeza ketika aku berada di rumah…. Ketika itu, aku merasakan masa terlalu lambat berlalu dan setiap hari aku terpaksa menghitung hari… kerana sangat2 merindukanmu sayang.. tapi kini, aku biarkan masa berlalu tanpa sedar… aku sentiasa merasakan indah saat bersamamu… meskipun sebenarnya kita lebih mengharapkan sesuatu yang lebih indah….
Namun aku bersyukur dengan segala yang kita lalui hari ini… Alhamdulillah… dirimu masih yang teristimewa di hatiku… aku tidak mahu perasaan cinta ini berlalu pergi…aku tak mahu cinta ini bertukar menjadi perasaan yang lain…. Sayang, aku ingin sentiassa mencintaimu… ingin terus ikhlas menerima dirimu sebagai suamiku, teman hidupku…
Sayang, kita masih dalam proses berkenalan kan? Ketahuilah….aku ingin terus mengenali dirimu… meskipun aku tahu, bukan semuanya kebaikan dan kemanisan yang akan aku temui… aku bersedia sayang… bersedia untuk mengenalimu dan terus mencintai dirimu…
Sayang, aku juga mengharapkan dirimu begitu juga…akan terus mencintai diriku seikhlas hatimu…. Meskipun apa yang akan kau temui pada diriku ini nanti, lebih menampakkan keburukan dan kelemahanku….sayang… cintailah aku seikhlas hatimu…selamanya….
No comments:
Post a Comment