Sudah 5 hari berada di atas kapal.. Alhamdulillah, dapat kembali bertemu denganmu suamiku…ku sangat2 merinduimu…
Syukurku hnya kepada Allah….. tanpa pertolonganNya…pertemuan ini tak mungkin terjadi…tamat sudah sebuah penantian… namun aku sedar…itu hanya satu percubaan… suatu hari nanti, perpisahan mungkin akan terjadi lagi…walau tidak menginginkannya, tapi aku tahu…aku perlu bersedia…..
Usia perkahwinan masih terlalu muda… meskipun hampir 4 bulan…namun pertemuan aku dan dirimu, belum pun sampai sebulan lagi… bermakna, masih sebuah perkenalan yang sangat singkat… namun sehingga hari ini…inilah aku…beginilah diriku… masih sudikah untuk menerima diri ini seadanya??
Entah… pertemuan kembali selepas perpisahan dulu… membuat aku jadi segan kembali… sgt malu…sepertinya baru mula2 berkahwin dulu… maafkan diriku….aku sebenarnya ingin memelukmu syg…menyatakan rindu dan cinta…namun tak termampu… sudahnya, hanya mampu mendiamkan diri….
Hingga saat ini…. Sayang, ingin aku nyatakan… aku sangat mencintai dirimu…namun aku tahu… aku masih belum mampu untuk menjadi yang terbaik buatmu… aku masih belum benar2 mengenali dirimu…dan aku tahu…dirimu juga…
Sayang,apakah diri ini mampu mencipta ketenangan dalam hatimu…atau sekadar menambahkan resah di jiwamu?
Sayang, sudikah berkongsi segala cerita denganku? Meluahkan segala rasa kepadaku?
Perkahwinan itu, satu perkongsian…maka aku bukan ingin menjadi isterimu hanya sekadar pada nama…
Sayang, aku juga mengerti, dalam pencarianmu, pasti bukan aku yang pertama hadir dalam hatimu.. namun aku tidak ingin bertanya, dan tak ingin tahu, siapa dirinya… kerana aku wanita…penuh dengan cemburu…. Namun, saat ini, ketika ini, dan selama2nya…cintailah aku…hanya aku…kerana aku isterimu……..dan jangan sesekali membandingkan aku dengan dia atau mereka…… kerana perbandingan membuatkan aku ketinggalan jauh………kerana aku…insan lemah yang penuh dengan kekurangan…………
Sayang, aku tak pernah ragu dengan cintamu, dengan ketulusanmu…….malah aku tahu, kau juga ingin mencipta bahagia dalam hatiku…….. betul kan syg? Namun masa yang akan berlalu, pasti menyedarkan kita erti kepayahan, dan kesukaran…… bagaimana untuk terus mewujudkan ikhlas dalam hati… bagaimana untuk terus bermujahadah mempertahankan cinta…. Agar cinta tetap segar…tetap mekar…tetap harum……… kerana di depan….pasti ada ujian…pasti banyak liku2 yang perlu ditempuh…saat itu…masih kuatkah kita untuk bertahan, sayang?
Aku menjanjikan setia, aku mengharapkan setia…. Aku ingin memberikan sepenuh cinta, namun apakah cinta ini sudah sampai ke hatimu? Atau masihkah ada sangsi?
No comments:
Post a Comment