Saturday, 7 May 2011

03/05/11




Sayang, jika hari ini kau bertanya, tetap jawapanku…aku mencintai dirimu… bagaimana pula denganmu sayang? Aku yakin…kau pasti akan memberikan jawapan yang sama… buat isterimu yang masih belum mampu membahagiakan hatimu….

Sayang, maafkan diriku andai dari hari kehari, bukan bahagia yang hadiahkan, tapi hanyalah keresahan… namun aku tahu dirimu yang masih bersabar..dan masih ingin menyayangiku…

Sayang, maafkan aku yang sering menangis di depanmu…malah di belakangmu… izinkan aku menangis sayang, walau ia membuatkan dirimu menjadi bosan dan jemu denganku…kerana air mataku tak semudah ini untuk mengalir di depan orang lain, kecuali di depanmu…. Izinkan aku menangis sepuasnya sayang, kerana sesudah tangisan itu, hati ini akan menjadi lebih lega….

Sayang, maafkan aku kerana tangisanku pasti menghadirkan berbagai andaian di hatimu… sayang, bukan salahmu…aku sekadar insan  yang sangat lemah untuk menahan air mata ini dari terus mengalir…sedangkan aku sendiri tidak dapat memberikan jawapan mengapa aku menangis…. Segala2nya menakutkan aku… segala2nya menyentuh perasaanku….

Sayang, aku sedang mencuba untuk menjadi lebih kuat dan tak mudah menangis lagi…namun aku masih gagal… maafkan aku…

Sayang, ingin aku nyatakan… diriku sepi tanpamu di sisiku… aku insan yang kesepian sayang… dalam hidupku ini… belum ada sesiapa pun menjadi tempat untukku meluahkan perasaan… malah, padamu sayang…lidahku kelu untuk berkongsi rasa…aku tak pandai berbicara….hanya tulisan ini…..sekadar yang aku termampu….

Sayang, terima kasih kerana sentiasa ingin menghiburkan hatiku…percayalah…aku benar2 terhibur denganmu…aku bahagia dan bertuah menjadi isterimu sayang…. Semoga masih diberi kesempatan untukku membetulkan keadaan dan hubungan… kerana aku sangat mencintaimu sayang…

Sayang, sekali lagi maafkan aku, andai tangisanku di depanmu menyebabkan dirimu menangis di belakang ku… sayang, maafkan aku, isteri yang degil, keras kepala, dan jarang mendengar kata….ampun diriku… hanya redhamu menghadirkan redhaNya…aku tahu semua itu sayang…ampunkan dosa2ku sayang….







No comments:

Post a Comment