Sayang…kuingin kau tahu…bahawa isterimu ini sangat mencintai dirimu… dari hari pertama kau menikahiku…sehingga hari ini….tetap aku mencintaimu…dan ingin sentiasa mencintaimu… hanya dirimu….
Namun masih terlalu banyak untuk aku belajar…untuk menjadi isterimu yang sejati… terlalu jauh diri ini dari ciri2 isteri yang diidamkan…. Sayang…. Boleh kah terus bersabar?
Dalam dunia rumahtangga ini, aku juga sering mengingatkan diri agar tidak terlalu berharap dan meminta2…. Membina harapan demi harapan, dan meminta2 sesuatu untuk kau penuhi…akan pasti membuatkan aku penat dan jemu….andai apa yang aku dapat tidak seperti apa yang aku mahukan…. Aku belajar untuk tidak mementingkan diri… tidak hanya berfikir untuk mendapatkan sesuatu darimu….tetapi ingin memberikan sesuatu padamu….walau masih terlalu sedikit yang aku berikan padamu…sayang…maafkan diriku….masih terlalu jauh dari kesempurnaan…
Sayang…terima kasih atas segalanya…aku tetap merasakan dirimu yang terbaik buatku…dirimu tetap anugerah yang tak ternilai dalam hidupku…. Aku memohon agar diri ini sentiasa dicintai dan diberi peluang memperbaiki diri… bimbinglah aku untuk menjadi seorang isteri yang baik…. Bantulah aku untuk membina keyakinan dalam diri…
No comments:
Post a Comment