Friday, 6 May 2011

12/04/11




Sayang, sekali lagi maafkan diriku yang selalu membuat hatimu resah.. selalu menangis tanpa sebab.. mungkin buat sayang rasa bersalah….sayang… bukan salahmu… hanya hati ini yang sering berasa sayu… berbagai ingatan sedih datang menggangu fikiran……

Sayang, aku tak marah padamu….tidak kecil hati denganmu…dan hati ini sentiasa bersedia memaafkan segala kesilapanmu.. kerana kita manusia yang pasti takkan terlepas dari membuat kesilapan….ku harapkan dirimu juga begitu…maafkan segala salah silapku…. Pastinya ada sesuatu yang mengguris hatimu…jika bukan hari ini…esok, siapa tahu….maafkanlah aku sayang…..

Sayang… aku sering memikirkan…. apakah watak suami dan isteri yang sedang kita lakonkan ini, sudah benar2 tepat, dan akan membawa kita kepada keluarga yang sakinah? Beginikah sayang? Masih terlalu banyak yang perlu diperbetulkan sayang? Mungkin hari ini kita masih jahil, masih tidak Nampak arah yang betul, masih melakukan kesilapan…. Namun berdoalah sayang… semoga Tuhan sentiasa membuka hati kita…menunjukkan kita jalan yang benar…. Kerana perjalanan kita bukan hanya di sini….

Sayang…aku mencintaimu…jangan sesekali meragui cintaku… selagi dirimu bergelar suamiku…maka cinta ini hanya selayaknya untukmu….Cuma… berikan aku peluang untuk menterjemahkan cinta ini melalui cara yang terbaik…yang aku masih tercari2….dan masih mencuba…. Sayang…semoga cintaku sampai ke hatimu……

Sayang…maafkan aku yang sebenarnya tidak mengenal bagaimana hati seorang lelaki…aku masih jahil..dan masih dalam proses untuk mengenali…. Maafkan aku andai segala kata dan tindakan, jauh dari apa yang hatimu menginginkan………

Sayang, aku juga tahu….aku masih tak mampu untuk menjadi penghiburmu… menghilangkan resahmu, menghapus dukamu, meleraikan penatmu……aku hanya watak seorang isteri yang masih kaku… 

No comments:

Post a Comment