Thursday, 15 December 2011

INDAHNYA PERTEMUAN PERTAMA



Meingimbas kembali saat pertemuan pertama, yang akhirnya membawa kita ke jinjang pelamin. Bagiku, segala ingatan itu manis dan indah untuk dikenang. 


Aku tak pernah mengenali dirimu, begitu juga dirimu yang tidak pernah tahu tentang diriku. Namun takdir mengatakan, kau adalah jodohku, dan aku adalah untukmu. Saat dirisik khabar oleh adikmu, entah mengapa hati menjadi sangat berdebar2, langsung tidak boleh menumpukan perhatian pada perkara2 yang lain, selain memikirkan tentang persoalan itu. Aku dirisik? Biar benar.... lalu aku meminta tempoh untuk berfikir, berbincang dan beristikharah. Dan yang pasti, pengetahuanku tentangmu adalah KOSONG...


Aku tak dapat melelapkan mata pada malam itu. Aku solat, beristikharah memohon doa dan petunjuk. Entah mengapa, hatiku jadi sangat sayu dan merasakan ini persoalan yang sangat besar dalam hidupku. Aku memohon, jika benar dirimu adalah jodohku, maka permudahkanlah, YA ALLAH. Aku tidur, dan bangun lagi untuk memohon padaNya....


Langkah pertama, adalah untuk memberitahu ibuku. Ia mengambil masa yang agak lama, sehingga lidah ini mampu untuk menjelaskannya. Responnya seakan positif, tetapi seterusnya perlu berbincang pula dengan abangku. Malam seterusnya, ibuku memberitahu kedua abangku, dan entahlah...respon yang diberikan seperti melukakan hatiku, atau aku yang terlalu sensitif. Padaku, seperti isu ini tak serius pada mereka sepertimana yang aku fikirkan. Tapi, abangku meminta agar dirimu datang ke rumah berjumpa keluarga jika benar2 mahu. Aku menangis semahunya. Berdoa lagi, dan meminta lagi. Hatiku sayu...entah...sebenarnya, kala itu sudah merasakan bahawa hati ini sudah bersedia untuk menerima walaupun tanpa mengenal insan yang ingin melamarku itu. Aku dapat merasakan bahawa niat yang disampaikan sangat ikhlas.


Tanggal 22 Mei 2010, akhirnya buat kali pertama kau datang ke rumahku bersama ibumu, abang, adik, kakak ipar dan anak saudaramu. Saat ini past akan ku kenang sampa bila2. Hatiku sangat berdebar, kerana datangmu terlalu awal dari masa yang dimaklumkan kepadaku. aku benar2 belum bersedia waktu itu untuk menyambut kehadiran tetamu sepertimu. Nasib baiklah, tudung sudah bergosok sejak semalam, lalu ku sarung jubah hitam yang sudah koyak itu. tak mengapalah, koyaknya hanya di dalam. Masuk pula kakakku ke dalam bilik, dan menunjukkan isyarat tangan yang merisaukan aku. Tapi aku tahu dia hanya bergurau. Pada saat itu, aku tekadkan hati, bahawa niatku IKHLAS. Andai benar dirimu jodohku, aku ingn menerima dirimu seadanya. Takkan memandang rupa, takkan memandang kerjaya dan apa jua yang tak sepatutnya. Lagipun, adikmu telah meyakinkan aku tentang agamumu. Maka, aku percaya padanya. Yang seterusnya, terserah pada penilaian ibu dan abangku. Aku tawakkal...


Tuhan saja yang tahu betapa kuatnya debaran di hatiku saat melangkah keluar menemui keluargamu. Aku bersalaman dengan ibumu, kakak ipar serta adikmu. aku dapat meilhat kelibatmu, yang sepertinya sedang tertunduk, namun langsung aku tidak dapat melihat wajahmu. Entah, bagaimana rupamu, aku tak tahu. Aku juga sebenarnyas sangat malu. Siapa tak malu, yang datang semua tu kerana nak melihat aku. Segala tingkah dan laku terpaksa disusun sempurna, meskipun mungkin nampak agak gelabah. Sehingga sudah, aku tidak dapat mengecam wajahmu yang sering tertunduk itu, meskipun aku banyak kali juga mencuri pandang. Apa yang aku tahu, kau tak pernah berusaha untuk melihat wajahku. Benarkan sayang?


Alhamdulillah, pertemuan hari itu dipermudahkan, dan aku yakin ianya mendapat keberkatan Tuhan. Dengan tujuan yang baik,juga cara yang baik, Tuhan pasti akan merahmati. InsyaAllah... pulangnya dirimu, memberikan aku satu rasa yang manis dan indah. Sukar untuk aku gambarkan perasaanku. Entah bagaimana perasaanmu. Aku juga takut, andai kau yang berubah hati dan tak mahu menerimaku setelah bertemu keluargaku. Yang pasti, pulangnya dirimu bersama keputusan yang masih belum pasti. Namun, entah mengapa, aku rasa tenang dan positif. Yang lebih menggembirakan hatiku adalah, apabila abang sulungku juga meluahkan rasa suka dan puas hati padamu, calon suamiku. Aku gembira dengan penerimaan abang, ibu dan ahli keluarga yang lain seterusnya aku berserah dengan segala keputusan pihak di sana. Aku redha dengan segala ketentuan Tuhan.


Setelah itu, aku mendapat panggilan daripada adikmu, untuk menetapkan tarikh pertunangan kita. Alhamdulillah...aku bersyukur. Aku yakin dirimu adalah jodoh yang tercipta buatku. Aku bersyukur, akhirnya aku bertemu dengan jodoh yang kunanti selama ini. Aku bersyukur, Allah menjawab segala doaku yang sekian lama kupohon...


Akhirnya, tanggal 11 Jun 2010 aku menjadi tunangmu, dan 6 bulan kemudian, tanggal 11 Disember 2010, aku sah bergelar isterimu. hatiku sangat bahagia sayang. Aku tidak tahu sejak bila aku mula mencintaimu, mungkin sebelum diijabkabulkan lagi, barangkali. Kerana aku seperti merasakan kemanisan itu sejak pertama kali kau datang ke rumahku dulu. Dan yang lebih pasti, aku lebih mencintaimu setelah bergelar isterimu, dan bertambah2 lagi cinta setelah bersama denganmu, setahun sudah, mengenalmu, dan menghadapi hidup ini bersama denganmu. Sayang, cinta itu bertambah, tak pernah berkurang. Cinta ini subur, tak pernah layu. Cinta ini penuh keyakinan, tanpa sedikit kesangsian. Semoga ini adalah cinta suci yang penuh dengan keikhlasan. Kerana cinta ikhlas pasti akan selamanya mendamaikan..InsyaAllah..


Sayang, akan lahir tidak lama lagi cahaya mata, benih cinta dan kasih sayang kita..InsyaAllah... Doakan yang terbaik untuk anak kita, dan keluarga yang akan kita bentuk. Semoga sentiasa dilimpahi Rahmat, Kasih sayang, dan Cinta Allah...aku ingat ungkapanmu di malam pertama pernikahan..KITA BERCINTA HINGGA KE SYURGA YA SAYANG??...


- ikhlas dari isterimu yang sangat mencintaimu
-NAEMAH ISMAIL

No comments:

Post a Comment