Buatmu yang tercinta...terima kasih kerana hadir dalam hidupku..dampingi aku, pimpin tanganku... kerana Allah aku mencintaimu.. bersama kita bawa cinta ini hingga ke syurga..ameen
Saturday, 3 December 2011
04/12/11
Hari ini sayang akan terbang ke Singapura lagi untuk kesekian kalinya. Aku akan kerinduan lagi. Nasib baik ada Anas yang menemani. Alhamdulillah...
Saat kelahiran kurasakan semakin hampir. namun aku harap, anakku sabar menanti kepulangan ayahnya sebelum keluar melihat dunia ini. lagipun, baru 34 minggu. Masih terlalu awal, walaupun sebenarnya sangat tak sabar2 nak melihat dia lahir ke dunia ini...aku harap, keadaanku dan anak kita baik saja sepanjang peninggalan sayang...dan semoga dirimu juga sentiasa dilindungiNya..dan dipermudahkan segala urusan,,InsyaALlah...
Sayang, esok, lusa, dan hari ke hari...aku pasti sangat merinduimu sepanjang ketiadaanmu ini...semoga Allah memberikanku kesabaran dan kesihatan...agar tiada kebimbangan dan keresahan di hatimu sepanjang berjauhan denganku...
sayang, kutahu kau sangat menyayangiku...tiada sangsi dalam hatiku.... semoga perpisahan ini hanya perpisahan sementara....InsyaAllah, kita akan bersua lagi...dan sama2 menyambut kelahiran Anas..INSYAALLAH...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment