Buatmu yang tercinta...terima kasih kerana hadir dalam hidupku..dampingi aku, pimpin tanganku... kerana Allah aku mencintaimu.. bersama kita bawa cinta ini hingga ke syurga..ameen
Thursday, 1 December 2011
02/12/11
"baik baik sayang. ada aku untukmu"- masej dari sayang (02/12/11-09:05am)
mengalir air mataku membaca masej ringkas ini.. aku sangat merinduimu sayangku...tambahan, aku rasa kurang sihat sedikit hari ini..tapi anak kita baik2 saja, InsyaAllah...
Kini terpaksa berjauhan lagi..entah untuk berapa lama.. yang pasti, hati ini akan sarat dengan rindu...aku rela dan redha melepaskanmu pergi sayang..kerana aku tahu, pergimu bukan tak bertujuan...
aku tahu kau sentiasa ada untukku..namun aku juga tahu, bukan setiap masa kau akan ada di sisiku... aku sedar pada tuntutan2 lain yang memerlukanmu meninggalkanku..namun aku sentiasa berdoa, semoga akan ada pertemuan lagi setelah perpisahan..
Sayang... jaga dirimu baik2... Allah sentiasa bersama kita, walaupun kita tidak dapat sentiasa bersama...semoga kita akan sentiasa saling mendoakan...
-salam rindu, dari isteri dan anakmu....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment