Buatmu yang tercinta...terima kasih kerana hadir dalam hidupku..dampingi aku, pimpin tanganku... kerana Allah aku mencintaimu.. bersama kita bawa cinta ini hingga ke syurga..ameen
Saturday, 17 December 2011
17/12/11
Sudah hampir 36 minggu usia kandunganku. Kalau ikutkan jangka, hanya tinggal 4 minggu saja lagi untuk aku melahirkan anak yang sedang ku kandung ini. Sudah tidak lama lagi, tapi mungkin juga lebih awal dari itu. Aku berserah saja pada Allah. Dia yang lebih tahu manakah yang terbaik. Cuma aku tetap berdoa, agar dapat melahirkan dia saat sayang sudah kembai ke sisiku. Aku mahu sayang ada bersama saat2 melahirkannya. Aku perlukan dirimu, sayang. Namun tetap aku bertawakkal kepada Allah. Sesungguhya, Allah itu sudah lebih dari cukup...
Melalui minggu2 terakhir ini sendirian. Sudah 2 minngu tak bersua denganmu, sayang. Kalau boleh, ingin berkongsi segala rasa ini bersamamu. Tapi apakan daya, sayang perlu berada jauh dariku. Tak mengapalah sayang, terima kasih kerana sering menelefonku dan berbual2 denganku. Sedikit sebanyak, terluah juga apa yang sedang aku rasakan sekarang. Sudah tidak berapa hari lagi sayang akan kembali, insyaAllah... Dan insyaAllah juga, Anas boleh sabar menanti kepulangan abinya.
Sayang, aku sangat merinduimu. Namun aku cuba untuk terus bersabar, dan bersedia, kerana selepas ini sayang akan naik kapal lagi, dan terpaksa kita berpisah lagi. Ini mungkin hanya satu percubaan. Mungkin juga, selepas ini kesunyian itu tidak akan terasa sangat, kerana sudah ada Anas yang akan menemani umminya ini, INSYAALLAH...
Semoga dirimu baik2 saja di sana, sayangku. Aku menanti kepulanganmu dengan penuh kerinduan dan pengharapan. Allah pasti menjagamu untukku, dan Dia juga sedang menjaga aku dan anakmu ini, untukmu...semoga bertemu kembali sayang..INSYAALLAH...miss u so much..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment