Sekarang masih berada di Bintulu….masih perlu menunggu selama 3 minggu lagi untuk pulang ke rumah, kampung halaman yang sangat dirindui…sangat rindu untuk bertemu dengan seluruh ahli keluarga…. Sesungguhnya kenangan berada di atas kapal ini tidak akan aku lupakan… ia menjadi kenangan manis aku denganmu…entah mungkin akan berpeluang lagi atau tidak untuk ikut belayar…
Sayang, aku tetap merasakan keistimewaan dan keunikan menjadi isterimu…aku bersyukur…kerana semua semua ini tak pernah aku bayangkan … saat2 bersamamu sentiasa menjanjikan kemanisan buatku…walaupun pasti…bukan hanya manis yang telah dan bakal kita temui dan rasakan…
No comments:
Post a Comment