Thursday, 28 July 2011

13/05/11



Hari ini buat ujian kehamilan..Alhamdulillah…. keputusannya positif… aku diberi peluang untuk mengandung lagi… hatiku bersyukur dan gembira… dan aku dapat rasakan kegembiraan suamiku… aku bahagia melihat kegembiraannya… aku terharu melihat wajah riang dan syukurnya…

Sayang… dalam gembira, hati ini juga sebenarnya takut… takut sejarah pahit berulang lagi…na’uzubillah…. Hanya pada Allah aku berlindung… akan kucuba untuk mendengar katamu sayang… aku benar2 ingin menjaga kandungan ini… aku ingin melahirkan anak ini dengan mudah dan selamat… mampukah aku sayang…. Aku memerlukanmu sentiasa di sisiku sayang…. Aku takut untuk sendirian lagi di saat2 begini… aku yakin kau akan menjaga aku sebaiknya…

Sayang, berdoalah untuk kesejahteraan isterimu dan bakal anakmu ini… aku tahu kau terlalu merindui kehadirannya….berdoalah sayang… semoga Allah mengkabulkan doa…. aku mahu sentiasa meilhat wajah gembiramu, dan manisnya senyum dan tawamu….

No comments:

Post a Comment