Alhamdulillah…tiba masanya untuk meninggalkan kapal ini… kapal yang penuh dengan kenangan ini…entah mungkin atau tidak suatu hari nanti akan dapat berpeluang menaiki kapal lagi…. Sesungguhnya..waktu ini..ketika ini…hati begiru girang…sekian lama tak pulang, kini boleh kembali ke pangkuan keluarga yang dirindui….
Kenangan sepanjang di atas kapal ini takkan aku lupakan… di sini kasih kian bersemi dan harum mewangi…di sini cinta yang tercipta makin erat dan kukuh… insyaAllah…cinta ini akan terus mewangi…dan di sini anakku hadir…mengubat luka lama.. syukurku hanya kepadaMu ya Allah… dan kumohon benih cinta ini akan terus kukuh di rahimku… membesar dan lahir ke dunia ini memberikan kebahagiaan buatku dan suamiku..insyaAllah..sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa kecuali Allah…..
Sayang…sepanjang pengembaraan ini…sekurang2nya aku tak kebimbangan lagi melepaskanmu belayar lagi selepas ini….aku pasti, rindu itu pasti akan wujud…namun tiada kebimbangan seperti sebelum ini….yang tidak pernah tahu bagaimana keadaanmu di atas kapal…kini aku lega….setelah sendiri merasakannya…insyaAllah…Allah akan sentiasa melindungimu…
No comments:
Post a Comment