Thursday, 28 July 2011

18/05/11


Sudah sangat lama aku berada di atas kapal ini. Terlalu rindu pada kampung halaman dan keluarga di rumah. Malah, hati tidak pernah merindu seperti ini. Hingga kadang2 membuatkan aku mengalirkan air mata…

Sayang, bukan aku tidak gembira berada di sisi mu. Malah, sangat bahagia… dan seperti sesaat pun tidak mahu berenggang denganmu.. dapat aku bayangkan, betapa deritanya hati andai aku tidak bersamu saat ini… namun hati ini juga rindu…dan terlalu rindu pada keluarga di rumah…

Sayang, doakan semoga segala urusan dipermudahkan… kerana aku masih ingin bersamamu… tidak mahu berjauhan denganmu…aku ingin menunggu saat pulang bersamamu….namun hati juga risau…dalam keadaanku yang begini… aku takut akan terjadi perkara yang tidak diingini…dan menyusahkanmu…

Ya Allah… permudahkanlah segalanya…. Hanya padaMu tempat kami bergantung…. Kami tiada daya…. Jalan seakan buntu… selamatkanlah segalanya yaAllah…lindungi kami di sini, dan lindungi keluarga kami di rumah…amen…

No comments:

Post a Comment