Tuesday, 15 May 2012

SAYA SAYANG SUAMI SAYA


Saya sayangkan suami saya...
saya sangat kasih dan cintakan suami saya...
ye..kerana suami saya sangat baik sekali...
baik pada saya, pada keluarga dan pada semua orang...
Alhamdulillah, dia suami saya yang sentiasa baik di mata saya...

meskipun saya sering buat silap dan berkelakuan bodoh,
dia selalu cool dan tak mudah naik darah...
malah saya sering menyakitkan hatinya, 
tetapi dia tetap sabar dan sering memaafkan saya....

dia juga suami yang tak suka menyusahkan isterinya...
jika ada masa, dia akan memasak dan membasuh pakaian sendiri..
malah, menjemur kain dan menggosok baju sendiri juga...
dia rajin, dia baik, dia tak paksa saya membuat kerja untuknya...

dia juga sangat berlembut bila bercakap dengan saya...
dia suka bergurau dan menghiburkan hati saya...
jika saya merajuk, dia juga akan memujuk saya...
dia juga sering meminta maaf dan mengalah,
meskipun sebenarnya saya yang bersalah...

suami saya juga sentiasa peka dengan keperluan saya..
dia membeli tanpa perlu meminta..
baju saya, tudung saya, dan buku2 untuk saya baca juga...

suami saya akan selalu mendengar cerita dan celoteh saya...
meskipun saya tahu, kadang2 perkara itu sangat remeh padanya,
namun saya rasa dihargai apabila dia sudi meminjamkan telinga untuk mendengar..
kerana itu, saya sentiasa rasa excited untuk berkongsi segala benda dengan dia...

suami saya tidak kedekut dan berkira,
dia suka memberi, pada sesiapa juga...
dia murah dengan senyumannya yang manis...
dia juga akan memberi bantuan pada sesiapa yang memerlukan...
saya bangga dengan dia, dan sangat sayangkan dia..

tapi adakah ini bermakna suami saya sangat sempurna orangnya..
oh, tidak....kerana dia juga manusia biasa seperti orang lain...
tapi tak perlulah saya menyebut kekurangannya...
kerana saya tak ingin mencari dan mengingati segala kelemahannya..
saya terima dia seikhlasnya sepertimana dia ikhlas menerima setiap kekurangan saya..

ye...suami saya sangat baik...
membuatkan saya terasa ingin bermuasabah diri...
apakah dia juga merasakan saya ini seorang isteri yang baik..
bila dikenang2, jawapannya mungkin tidak...

saya bukan isteri yang baik....
selalu membuat kesilapan yang sama dan berulang....
itupun...suami saya tetap sering memaafkan dan memberi peluang...
walaupun dia sering menegur, tapi dia bukan marah...
kerana dia tahu, saya bukan boleh dimarah...
dia tahu saya suka tarik muka masam dan merajuk...
apalah saya ni..............

Ya Allah.... terima kasih atas anugerah ini...
dia anugerah yang sangat mahal untuk aku syukuri...
ingin aku berterima kasih padanya yang sudi menerimaku sebagai isteri,
ingin aku berterima kasih pada ibu mertua yang melahirkan dia dan mendidiknya menjadi sebegitu baik,
ingin aku berterima kasih pada ibuku, yang berkenan untuk menjadikan dia sebagai menantu..
aku ingin berterima kasih pada semua orang yang mendoakan kebahagiaan aku dan dia...
ye.aku rasa aku sedang dibahagiakan...
ALHAMDULILLAH..

suamiku...terima kasih...

No comments:

Post a Comment