Buatmu yang tercinta...terima kasih kerana hadir dalam hidupku..dampingi aku, pimpin tanganku... kerana Allah aku mencintaimu.. bersama kita bawa cinta ini hingga ke syurga..ameen
Thursday, 24 May 2012
25/05/12
Salam cinta dan kesetiaan kuhulurkan buatmu sayang. Kerana Allah aku mencintaimu....
sayang, terima kasih untuk segalanya hingga ke saat ini. Sudah banyak yang kau berikan dan korbankan untuk isterimu ini...
sayang, aku berdoa kepada Tuhan untuk menjadi seorang isteri yang akan sentiasa membahagiakan suamiku. sayang, adakah bahagia itu di hatimu semenjak aku menjadi isterimu? sayang...maafkan diriku andai dirimu masih belum merasakan kebahagiaan yang sebenar2nya kau harapkan..
sayang, terima kasih atas segalanya...aku bersyukur atas kehidupan hari ini...sayang jangan risau dan merasakan masih tak cukup untuk diberikan pada isteri dan anak... segalanya cukup sayang...yang ada aku syukuri..yang tiada, aku tak akan meminta2 andai ia bukan satu keperluan.. jangan fikir aku tidak puas dengan apa yang ada sayang...aku sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, dan redha dengan apa yang tiada...
aku bersyukur, kerana aku ada dirimu dan Anas...kedua2nya insan yang sangat penting dalam hidupku...yang benar2 membuat hati wanitaku bahagia..terima kasih sayang... tenangkan dirimu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment