Tuesday, 15 November 2011

Warkah Untuk Sayang


Assalamualaikum...buat sayang yang sentiasa dirindu, dikasihi dan dicintai... semoga sayang sentiasa berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan dilimpahi rahmatNya.. sudah lama tak menulis warkah buat sayang kan? mungkin kerana sayang sentiasa berada di sisi. jarang2 berpisah lagi, sejak sayang mengandung ni...terima kasih sayang, kerana sentiasa berada di sisiku.... kerana sesungguhnya sayang mengharapkan sayang sentiasa ada di sisi... aku bahagia bila berada di sampingmu...


Namun sayang juga tahu, masih ada keperluan lain yang perlu sayang selesaikan di luar sana, sebagai seorang hamba Allah dan sebagai suami dan bakal bapa...lakukanlah apa saja sayang, asalkan semuanya kerana Allah dan demi untuk menjamin kebahagiaan dan keselesaan keluarga kita. isterimu ini akan sentiasa cuba untuk memahami dan mendoakanmu...


Sayang, adakah dirimu bahagia bersamaku? maafkanlah sayang yang masih tak mampu untuk memberikan yang terbaik buat sayang. sayang sentiasa berazam dan mahu mencuba yang terbaik, tetapi masih juga menemui kegagalan. namun sayang berharap agar diri sentiasa diberi peluang untuk memperbaiki diri.. sesungguhnya ku bukan insan sempurna, dan sangat lemah....


Sayang, ku bersyukur dengan kehadiranmu.Terima kasih kerana selama ini membuatkan hari2ku bahagia dan ceria. sesungguhnya engkaulah yang paling kucintai, yang selalu bertakhta di hatiku..
sayang, terima kasih atas segalanya.. walaupun sering juga kita tak sependapat dan bertelingkah, namun Alhamdulillah ianya tak pernah meleret dan membawa mudarat pada rumahtangga kita.. terima kasih sayang, yang sentiasa memberikan kemaafan padaku, dan sering memujukku... aku tahu aku perlu berubah menjadi yang lebih baik, dan menyenangkanmu... akan kucuba sayang....


sayang, saat ini kita sedang menantikan kehadiran cahaya mata pertama kita. Sangat tidak sabar untuk menantikan kehadirannya kan? berdoalah sayang semoga terus diberi kesabaran, dan semoga hadirnya akan benar2 memberikan kebahagiaan dalam hidup kita..InsyaAllah....


Sayang, sampai di sini dulu warkahku padamu untuk kali ini. InsyaAllah andai diberi kesempatan aku akan menulis lagi. aku sentiasa mencintaimu sayang... aku kerinduan tanpamu di sisiku sayang.. aku menantikan kepulanganmu...aku mendoakan kesejahteraanmu...Semoga Allah memberikan kebahagiaan, keharmonian dan keberkatan dalam rumahtangga kita...ameen....
WASSALAM


-isterimu, Naemah Ismail-

No comments:

Post a Comment