Buatmu yang tercinta...terima kasih kerana hadir dalam hidupku..dampingi aku, pimpin tanganku... kerana Allah aku mencintaimu.. bersama kita bawa cinta ini hingga ke syurga..ameen
Wednesday, 17 August 2011
17/08/11
hari ini 17 Ramadhan... Alhamdulillah masih sempurna puasaku tanpa sebarang keuzuran....aku bersyukur padaNya yang memberikan aku kesihatan dengan Rahmat dan Kasih SayangNya...
malam ini aku sendirian tanpamu sayang... insyaAllah esok kita akan bertemu lagi...aku merindui dirimu sayangku... tanpamu, sangat terasa sunyinya...aku jadi rindu pada gurauan nakalmu yang sering mengusikku... walaupun seringkali merajuk, namun marah sayangmu tetap aku rindukan...
semoga Allah sentiasa merahmatimu sayang...aku sentiasa mengharapkan dirimu dilimpahkan bahagia dan ketenangan...walaupun sebenarnya isterimu ini belum cukup mampu untuk memberikan kebahagiaan yang sebenar2nya untukmu...
sayang... semoga damai hatimu bersama cinta Tuhan...isterimu ini sentiasa mendoakanmu..aku sangat mencintaimu sayang..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment