Malam ini sayang kerja.. tinggal kami berdua di rumah. baru sebentar tadi menghantar sayang.. semoga dirimu dilindungi Allah.. semoga selamat perjalananmu sayang...semoga dipermudahkan urusanmu sayang...semoga selamat pergi dan kembali ke sisi kami.. ameen.. sesungguhnya aku merinduimu..risaukan keselamatanmu...namun aku yakin..Allah sentiasa menjaga dan memeliharamu..
sayang.. maafkan aku andai tak mampu mencipta suasana tenang dan tenteram di dalam rumahtangga..maafkan aku andai kau tidak mendapat damai ketika berada di rumah..sayang..adakah aku telah menambahkan penatmu..yang seharian bekerja mencari nafkah... apakah aku menambahkan bebanmu di rumah..yang sepatutnya menjadi tempat untuk kau berehat dan melepaskan lelah...sayang..maafkanlah aku..kadangkala aku tidak sedar akan semua itu...
sayangku.. terima kasih atas segala pertolongan yang kau hulurkan buatku... aku kadangkala mengeluh sendiri berhadapan dengan kerja2 rumah yang tidak pernah sudah.. aku telah mencuba untuk melaksanakan dengan penuh ikhlas..namun aku manusia lemah, kalah dengan bisikan syaitan... sayang, maafkanlah andai rumah bersepah, kain dan pinggan mangkuk yang bertimbun, lantai yang tak bersapu... aku sebenarnya telah cuba sedaya upayaku untuk mneyempurnakan segalanya..
sayang...dalam rutin seharianku, aku cuba untuk tidak mengabaikan Anas.. kerana aku tahu, dia lebih memerlukan perhatian dan kasih sayang sayangku..lebih perhatian yang perlu aku berikan padanya berbanding pada kerja2 yang lain... kerana itu, kadangkala kerja2ku tergendala d saat Anas memerlukan aku... maafkan aku sayang... andai ini dilihat hanya sekadar alasan... aku cuma mengharapkan pengertianmu sayang... agar aku tidak dipersalahkan d atas segala ketidaksempurnaan d dalam rumatangga ini...walaupun mungkin..aku tetap bersalah..
sayang...aku tahu kau juga kepenatan...mencari rezeki untuk kami.. aku tidak merasa apa yang kau rasakan... namun aku tahu, kau juga mengharapkan pengertianku...maafkan aku yang jarang mengerti dan memahami...
terima kasih sayang..atas pengorbanan masa dan tenagamu... Allah saja yang mampu membalasnya...semoga keluarga kita dilimpahi rahmat dan berkatNya...semoga kita di kurnia bahagia yang berkekalan hingga ke syurga..ameeenn..
i love u sayang..
No comments:
Post a Comment