Tuesday, 6 November 2012

WARKAH CINTA BUAT SUAMIKU


Salam kasih dan cinta buatmu sayang yang sangat aku cintai..hanya layak cinta ini untukmu yang bergelar suamiku..terima kasih ya Allah..hari ini..aku masih bergelar isterinya..isteri yang sangat bertuah dan beruntung punya suami sebaik dan seikhlasmu.. walau ku tahu.. dirimu tetap ada kekurangan sebagai manusia biasa..malah diriku ini..punya lebih banyak kekurangan dan kelemahan..terima kasih...cintamu masih setia untukku..kesabaranmu masih bertahan melayan karenahku.. mana lagi dapat kucari insan sebaikmu...

sayang... moga tiada penyesalan dalam dirimu kerana memilihku.. moga tiada pertanyaan di hatimu mengapa aku jodohmu.. moga tiada kekeluhan di jiwamu kerana sikapku yang jauh dari kebaikan ini.. semoga tenang2 saja dirimu sayang..kerana aku adalah isterimu yang nyata..bukan igauan...bukan mimpi..aku insan yang mengimpikan untuk menjadi bidadarimu di dunia dan di syurga..moga aku layak..dengan doamu..dengan pimpinanmu...dengan keampunanmu...

sayang...suamiku yang sangat kucintai..  moga hatimu sentiasa tabah menghadapi badai d alam rumahtangga ini.. mungkin aku punca..mungkin aku penyebab....namun moga hatimu tetap kuat dan tabah sayang..kerana walau bagaima jua pun..aku mencintaimu sayang...sangat mencintaimu...

sayangku... bagaimana ingin kuluahkan cinta... lidahku...tingkahku.. sering tidak mencapai maksud yang aku harapkan..sering gagal menyentuh hatimu dengan penuh rasa cinta... sayang.. apakah kau percaya bahawa isterimu ini sangat mencintaimu...atau adakah dikau ragu pada cintaku yang sangat mendalam ini..

sayangku..marahku dan rajukku tak pernah memudarkan cintaku..walaupun aku tahu, sayang tidak sukakan aku yang begitu..namun terima kasih kerana masih bersabar melayanku dan memujukku..tapi aku tahu... hatimu risau.. atau kadangkala bosan... namun sekali lagi terima kasih... kerana menjadi suami yang sangat baik untukku...

sayang.. aku mengharapkan rahmat dan berkat Allah sentiasa ada di dalam rumahtangga kita... biar hati sentiasa tenang..biar antara kita tak pernah ada jemu untuk saling mencintai..biar anak2 sentiasa bahagia punya ibu dan bapa seperti kita... biar kita sentiasa merasa cukup dengan apa yang kita ada... biar segala2 yang hadir dalam kehidupan kita sentiasa baik...insyaAllah

sayang... aku mencintaimu..percayalah sayang..aku tak jemu untuk terus mencintaimu...aku bahagia menjadi isterimu..aku ingin memperbaiki diri... aku ingin dekat dengan Tuhan..aku ingin mendapat cinta 100% darimu... bukan cinta ala kadar...kerana aku perlukan cintamu... untuk aku bernafas tenang dan bahagia sepanjang hidupku bersamamu..di dunia dan insyaAllah d syurga juga...aku sangat mengharapkannya..

YA ALLA.H. SATUKAN KAMI DAN BAHAGIAKAN KAMI HINGGA KE SYURGAMU...AMEEN


No comments:

Post a Comment