Monday, 26 September 2011

Cinta Sejatiku

sayang, 
terima kasih atas kehadiranmu
hadirmu membawa sejuta erti dalam hidupku
aku bersyukur kerana kau untukku
sesungguhnya aku sangat bahagia dengan cintamu...


sayang,
hati ini terlalu rindu
walau sebentar kau tiada di sisi
aku menanti penuh pengharapan
agar dirimu akan segera kembali 
berada di sisiku bersama cintamu yang mewangi...


sayang,
maafkan daku yang tidak sempurna
selalu silap dan khilaf
sering membuatmu terguris dan sedih
walaupun sebenarnya itu bukan mahuku
sudilah kiranya hatimu menyediakan ruang kemaafan
untuk diriku yang sering terlupa....


sayang,
hanya pada Tuhan aku menadah tangan
berdoa dan merayu
moga usia kita dipanjangkan
jodoh kita juga dipanjangkan
kerana aku ingin sentiasa bersamamu
di dunia dan akhirat
aku ingin selalu mencintaimu dan dicintaimu
sehingga ke syurga..
ameeen..................

No comments:

Post a Comment